Ulang Tahun Dreamway: Dua Tahun Impian Anda

Adam Lienhard
Adam
Lienhard
Ulang Tahun Dreamway: Dua Tahun Impian Anda

Dua tahun lalu, Headway melancarkan satu promosi yang sangat istimewa – Dreamway. Sepanjang dua tahun ini, kami telah mendengar begitu banyak impian daripada anda, para pedagang setia kami, dan membawa kegembiraan kepada 24 peserta. Ketahui cara Dreamway membantu ramai pedagang dari seluruh dunia mencapai matlamat mereka.

Bagaimanakah Dreamway bermula?

Pada Ogos 2023, Headway memuat naik siaran Dreamway pertama di Facebook, mengajak orang ramai berkongsi impian mereka di ruangan komen. Tidak kira sama ada mereka ialah klien Headway atau tidak – Headway menghargai setiap impian.

Seperti yang dikatakan oleh Yulia Ivanova, Ketua Pegawai Eksekutif Headway, “Dreamway ialah promosi yang unik untuk kami dan industri dagangan. Headway sentiasa berkisarkan insan. Kami menghargai setiap klien dan rakan kongsi. Untuk membuktikannya, kami memanfaatkan apa yang syarikat kami mampu lakukan untuk mereka – kami realisasikan impian mereka!”

Bulan pertama Dreamway berjaya menarik perhatian kami kepada satu impian yang istimewa. Seorang lelaki dari Indonesia berkongsi impian beliau untuk membawa bapanya menunaikan Umrah ke Tanah Suci Mekah. Headway merealisasikan impian tersebut, dan dari situ bermulalah tradisi bulanan ini.

24 impian – 24 jiwa bahagia

Dalam tempoh dua tahun sejak Dreamway bermula, Headway telah merealisasikan 24 impian istimewa – satu setiap bulan. Dari Indonesia ke Mesir, Nigeria ke Kanada, pemenang kami datang dari seluruh dunia, mengharapkan peluang untuk menjadikan impian mereka nyata.

Semua impian yang dikongsi oleh peserta Dreamway adalah unik, daripada kerbau betina hinggalah kepada pengubahsuaian masjid dan banyak lagi. Setiap orang meninggalkan komen dengan harapan untuk sebuah keajaiban. Mereka menerima lebih daripada sekadar hadiah fizikal: kegembiraan kerana suara mereka didengari dan sokongan komuniti Headway amat bermakna.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua pemenang Dreamway dan kisah mereka, tonton video YouTube kami dan lihat cara satu impian boleh mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Impian anda mungkin yang seterusnya!

Dreamway diteruskan, dan pemenang seterusnya boleh berkongsi impian mereka pada akaun Facebook kami. Teruskan, tulis komen anda, dan Headway mungkin memilih untuk menjadikan impian anda nyata.

Dreamway tidak berhenti di sini. Jadi kongsikan impian anda! Sertai pusingan Dreamway oleh Headway di Facebook.